Kickoff projek Aplikasi Mobile Smart Quran bersama JAKIM

July 17, 2023

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan kami untuk memperolehi projek Smart Quran ini dari JAKIM. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan projek ini.

Inilah satu anugerah yang amat bermakna kepada kami, Kami berjanji akan melakukan yang terbaik dan memastikan projek Smart Quran ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam dan masyarakat pada amnya.

Kami berharap agar Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan kami dalam melaksanakan projek ini. Semoga kami diberi kekuatan, ketabahan dan hikmah dalam setiap langkah yang kami ambil.

Semoga projek Smart Quran ini menjadi sumber ilmu dan kebaikan untuk semua. Amin.

ADAM Salam
© Copyright Rocket Web Sdn. Bhd. Made with ❤️ in Cyberjaya .
Sitemap | Privacy Policy | Terms of Service